mILCokelat

Coklat sedap.....Coklat istimewa hanya untuk yang teristimewa...........
Coklat istimewa hanya untuk yang teristimewa........Dia pasti akan tersenyum manis..

Monday, October 25, 2010

Order Dr Intan


TQVM Intan....katanya tempahan ini dihadiahkan utk sahabatnye perkahwinan sbg hantaran...

Sunday, September 26, 2010

oRDer Dr ITa uTk OpenHouSe



Order dr pn Ita JB sebanyak 100 kotak utk open house telah selamat di terimanye.... terima kasih milcokelat ucapkan...

ARAHAN PENYIMPANAN & PENJAGAAN COKLAT

1) Coklat mesti berada pada persekitaran suhu di bawah ~34 darjah celcius, jika tidak, coklat akan cair / rosak.
2) Jika dibawa menaiki kenderaan, pastikan penyaman udara kenderaan dibuka dan suhu hendaklah berada di bawah ~34 darjah celcius, jika tidak, coklat akan cair / rosak.
3) JANGAN tinggalkan coklat di dalam kereta TANPA penyaman udara dipasang, coklat akan cair / rosak.
4) Sebaik-baiknya, simpan coklat atau kotak yang mengandungi coklat di dalam bekas bertutup rapat.
5) Coklat bebas dari bahan pengawet. Jadi, mungkin tidak akan bertahan terlalu lama. Coklat kebiasaannya bertahan selama 7 - 14 hari, bergantung kepada suhu dan cara penyimpanan

Thursday, September 23, 2010

TeMpAhaN DaRi WaTi



Tempahan 35 biji dari Wati sahabat lamaku. Terima kasih diucapkan.****

TeMpAhaN DaRi ZuRa



Terima kasih milcokelat ucapkan kepada zura.... Katanya coklat untuk dimakan suke2 .................

TeMpAhaN DaRi Dr. AniE



Tempahan 200 biji dari Dr. anie. Terima kasih milcokelat ucapkan... sempena Majlis Hari jadi Anaknya.................(tempahan ni telah dibuat sebelum puasa tapi baru je diuploadkan...)

Saturday, August 14, 2010

Promosi Raye

Mari2 memeriahkan raye anda bersama coklat raye....




Promosi Raye....
- 50 biji = RM 30.00
- Flavour:Badam / Hazelnut /
kismis/strawbery (pilih yang mana suka)
- Kos penghantaran tidak termasuk
(sekitar rawang, selayang, gombak, kl, putrajaya, bangi, serdang penghantaran percume...)

Hubungi..............

Sebarang Pertanyaan atau Tempahan boleh menghubungi saya seperti:-

ZAMILA BINTI MOHAMAD

H/P -012-2741907

EMAIL: milcokelat@gmail.com

Terima kasih diucapakan sebarang kesulitan amat dikesali....

Thursday, August 12, 2010

TeMpAhAN RoS LoLiChoc


Tempahan 150 biji Dari Puan Ayu sempena majlis besdey anaknye.... terima kasih milcokelat ucapkan.....

TeMpAhAN NoRiN uNtuk SahABatNye



Hadiah Perpisahan Dari Norin untuk sahabatnya yang akan berpindah....... semoga persabatan kalian berpanjangan... amin... terima kasih milcokelat ucapkan...

Wednesday, August 11, 2010

TEmPaHan 500 BiJi DaRi MaI





Tempahan 500 biji dari Mai untuk majlis perkhawinannya........Terima kasih diucapkan.... Milcokelat mengucapkan selamat pengantin baru dan dipanjangkan jodoh....

Selamat Berpuasa..........

Milcokelat ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua .
Semoga puasa kita akan di berkati serta di rahmati-Nya ... amin
Seribu kemaafan jika ada salah dan silap.

Friday, July 23, 2010

Jenis Coklat

____________________________________________________________
1.CoKlAT PrAliNe






1 biji coklat praline = RM1.20
terdapat set-set kotak untuk coklat praline antaranya :
set (4 biji) = RM4.80
set (9 biji) = RM10.80
set (15 biji) = RM18.00
set (35 biji) = RM42.00

** Tambahan reben = RM 1.50 **
**Kos penghantaran tidak termasuk**
____________________________________________________________
2.Mil LoLicHoc





1 biji coklat Mil lolichoh = RM1.20 - RM 1.50
(Mengikut Saiznya)

**Kos penghantaran tidak termasuk**

____________________________________________________________
3.Mil OREo ChoCo







1 biji coklat Oreo = RM1.80
Tambahan reben = RM0.10

**Kos penghantaran tidak termasuk**
____________________________________________________________

4.Mil OREo EdIBle ImAgE



1 biji edible choc = RM2.20
1 set (12 biji) + kotak = RM26.40
kos penghantaran tidak termasuk








1 biji Edible choc = RM2.50 (Gambar pilihan)
minima tempahan 20 biji ke atas
kos penghantaran tidak termasuk..
** untuk tempahan kurang dari 20 biji harga 1 biji = RM2.70**


____________________________________________________________

5.Mil ChOc BoX




1 set Choc Box + kotak = RM58.00
Tambahan reben = RM1.50
**Kos penghantaran tidak termasuk**

(:** pilihan warna boleh mengikut citarasa and**:)


____________________________________________________________________________________

Wednesday, July 7, 2010

PeRaTurAn TeMpAhaN

• tempahan kecil-kecilan mesti dibuat seminggu atau 3 hari lebih awal.

• tempahan 200pcs keatas mesti dibuat 2-3 bulan lebih awal.

• semua tempahan boleh dibuat melalui email/ sms seperti dibawah.

• terma pembayaran adalah 'pay in advance' bermaksud pelanggan hendaklah membayar keseluruhan harga tempahan sebelum penghantaran dibuat. Kepada yang ingin membuat 'self-collect', 50% bayaran pendahuluan diperlukan manakala bakinya dibayar semasa mengambil tempahan.

• harga coklat yang tertera dalam blog ini, tidak termasuk kos penghantaran. Penghantaran hanya dibuat menggunakan pos laju atau courier service dimana kos ditanggung oleh pelanggan. 'Free delivery' hanya untuk kawasan rawang sahaja.

• sila email @ smskan butiran transaksi pembayaran yang telah dibuat beserta :

*NAMA
*TARIKH
*WAKTU TRANSAKSI PEMBAYARAN
*JUMLAH PEMBAYARAN
*CAWANGAN BANK
*KUANTITI DAN JENIS COKLAT
*ALAMAT PENGHANTARAN
*NO. TELEFON

Kos Penghantaran Pos
Sabah dan Serawak
RM48 utk 0 - 5 kg pertama
*Tambahan RM3 utk setiap penambahan kilo
*Tambahan RM 7 untuk Foam box
Seluruh Semenanjung Malaysia
RM15 utk 0 - 5 kg pertama
*Tambahan RM2 utk setiap penambahan kilo
*Tambahan RM 7 untuk Foam box

* milcokelat tidak akan menanggung apa2 risiko semasa coklat dihantar melalui pos @ courier service kerana semasa penghantaran dibuat coklat berada dalam keadaan baik...terima kasih.


ZAMILA BINTI MOHAMAD
H/P -012-2741907
EMAIL: milcokelat@gmail.com

MoULd- mOuLd PiliHaN

Mari2 pilih mould yang terdapat disini....
setiap satu mould disini berharga RM 12.00..sahaja...


1. MK 1 ..(mould rama-rama)


2. MK 2 ..(mould bunga roa atas love)


3. MK 3 ..(mould kereta)


4. MK 4 ..(mould barang2 baby)


5. MK 5 ..(mould love)


6. MK 6 ..(mould i miss u atas love)


7. MK 7 ..(mould botol susu)


8. MK 8 ..(mould arnab)


9. MK 9 ..(mould petak segi 4)


10. MK 10 ..(mould paraline)


11. MK 11 ..(mould paraline ros)


12. MK 12 ..(mould love box bereben)


13. MK 13 ..(mould loli love)


14. MK 14 ..(mould loli spongebob)


15. MK 15 ..(mould oreo muka binatang)


16. MK 16 ..(mould benda yang ade di kebun)

Tuesday, July 6, 2010

Bermula Disini

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...

setelah lama berangan2....... akhirnya impian mempunyai blog coklat sendiri dapat direalisasikan. Syukur pada Illahi. saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat... dalam industri coklat yang tak jemu2 membantu dan tak lokek ilmu especially pada sifuku ila......Thanks Sifu....

Apalagi jomla jenguk2 ke seterusnye.......

Sunday, July 4, 2010

TenTAnG COklaT

Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.

Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.

Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan

Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."

Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat

Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi

Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.

Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung

Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.

Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin?

Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.

Wednesday, June 9, 2010

MiTos CoKLat

MITOS DAN FAKTA TENTANG COKLAT
MITOS TENTANG COKLAT

APA PERBEZAAN ANTARA COKLAT COUVERTURE DENGAN COMPOUND?
Perbezaannya adalah lemak yang digunakan untuk membuat coklat tersebut.Coklat courverture menggunakan lemak dari biji koko yang dipanggil mentega koko(koko butter)smanakal coklat compound menggunakan lemak sayuran (kelapa sawit) (vegewtable fat).

Followers

 
Real Estate © 2010 Template design by Justinwoodie.com. Powered by Blogger.